NAMPAKNYA pelbagai cara
dilakukan oleh blogger di internet untuk cepat menjadi popular dan mendapat
ranking tinggi. Antaranya dengan menyebarkan berita palsu yang paling
tergempar.
Kebiasaanya, selebriti
adalah insan yang sering menjadi mangsa taktik kotor ini.
Jika sebelum ini berlaku
kepada Adi Putra yang kononnya didakwa menghidap kanser, terbaharu menimpa pula
kepada pelakon jelita Lisa Surihani apabila tersebarnya khabar angin menyatakan
dia telah selamat bersalin disertakan lengkap dengan gambar bayi milik pasangan
selebriti itu.
Kesal dengan berita palsu
itu, Lisa yang sinonim dengan jolokan ‘Malaysian Sweatheart’ menafikan berita
tersebut menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.
“Harap maklum, berita yang
cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar.
“Walaupun headline ditulis
dengan ‘soalan’ , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk
mereka capai hits yang diingini. Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan
apa-apa, saya masih belum bersalin buat masa ini.
“Terima kasih ke atas
sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya
cuma nak terangkan perkara sebenar.
“Doakan supaya semua
dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? terima kasih,”
tulisnya.
Difahamkan, laporan palsu
yang menyatakan Lisa Surihani telah selamat bersalin mula disebarkan dan menjadi
viral di media sosial sejak semalam.
Diharapkan semoga Lisa
Surihani selamat melahirkan bayi sulungnya itu. –
0 Response to "PANAS - Berita Lisa Surihani Sudah Bersalin Adalah Palsu!"
Post a Comment