Nama pelakon Nora Danish
sentiasa panas dan tidak pernah lekang dihambat kontroversi. Selain kisah
peribadinya bersama bekas kekasih, Nora juga turut dikatakan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ibu terhadap anaknya, Rayqal.
“Siapa tidak sayang anak? Sebagai ibu, kalau boleh
setiap masa asaya mahu berada di sisi Rayqal dan tidak mahu berkongsi kasih
sayang ini dengan sesiapa pun. Tapi saya terpaksa akur kerana dia juga masih ada
bapa dan datuk serta nenek yang amat menyayangi Rayqal”
“Jadi saya harus bergilir-gilir dengan
mereka. Tiga hari Rayqal bersama saya, lima hari di rumah datuk dan neneknya
manakala tigak hari lagi bersama Jejai. Sebagai cucu sulung, Rayqal menjadi
kesayangan ibu dan bapa mentua saya, mereka terlalu sayang kepadanya”
“Pada waktu sama, Rayqal juga seronok bersama
mereka kerana rumah datuk dan neneknya lebih luas serta ada sepupu yang hampir
sebaya tinggal bersamanya. Jadi Rayqal tidak sunyi di sana. Ibu mentua saya
seorag yang sangat baik jadi saya perlu balas budinya”
“Saya bukan menggunakan Rayqal untuk
memancing mereka, Rayqal adalah cucu mereka. Jadi mentua turut mempunyai hak ke
atas Rayqal. Mungkin orang tidak perasan, sebenarnya sudah lama saya cuba
menjauhkan diri daripada keluarga mentua”
“Saya mengelak daripada terlalu kerap
menghadiri acara yang dianjurkan mereka kerana tidak mahu dituduh masih
mengharapkan keluarga mentua. Orang tidak perasan semua itu, tetapi mereka terus
menerus menghentam saya sehingga ibu saya turut diheret sama. Itu yang
menyebabkan saya bertambah sedih,” jelas Nora kepada Berita
Harian.
0 Response to "NORA DANISH AKHIRNYA TAMPIL BERSUARA, JAWAB TUDUHAN ABAIKAN ANAK?"
Post a Comment