
Sebelum ini, seorang pereka pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana menurutnya, rekaan tudungnya telah ditiru oleh rangkaian tudung keluaran selebriti Neelofa iaitu Naelofar Hijab. Perkara itu senyap begitu saja kerana tudung yang sama didapati telah keluar setahun sebelumnya di Indonesia. Terbaru, seorang wanita yang menjalankan perniagaan tudung SugarScarf pula mendakwa Naelofar Hijab telah meniru tudung rekaannya.
Menurut pemilik SugarScarf iaitu Eyqa Sulaiman di Instagram miliknya:


Sebenarnya agak sukar untuk mempertahankan rekaan fesyen dari ditiru jika ia tidak dipatenkan. Menurut pendapat sesetengah orang juga tidak wujud originaliti dalam dunia fesyen, apatah lagi dalam rekaan tudung kerana ramai pengeluar tudung mengambil idea bukan saja dari sesama sendiri, malah dari rekaan hijab pereka negara luar.
Anda keluarkan rekaan hari ini, minggu hadapan tidak mustahil rekaan yang sama muncul di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Cara terbaik mempertahankan rekaan fesyen ialah dengan mempatenkan rekaan seperti yang telah dibuat oleh Fareeda dengan rekaan tudung ropolnya. Apa pendapat anda?
P/S : Bawa berbincang depan-depan dengan neelofa..
0 Response to "Neelofa Tiru Tudung, Pemilik Sugar Scarf Terkilan"
Post a Comment