
KUALA
LUMPUR - Seorang surirumah mendedahkan dirinya mendapat tawaran pelik dari
seorang individu yang tidak dikenali di laman Facebook.
Fatin,
surirumah sepenuh masa, ditawarkan RM500 bagi perkhidmatan se-ks satu malam
dengan lelaki warga Singapura.
"Drama
malam-malam. Taraf hidup makin tinggi. Rakyat makin terdesak mencari duit.
Sekarang ini trend meniaga se-ks online eh? Apa mung tengok muka aku ni muka
pelacur ke? This might be a fake profile but watch out gaiss," katanya.
Individu
yang menggunakan nama Maria Us itu menawarkan perkerjaan 'part time' kepada
Fatin.
"Tin
nak part time tak? Kerja hanya dari rumah. 1 hari boleh dapat RM500," kata
individu berkenaan yang seterusnya menerangkan bahawa dia mahukan Fatin melayani
nafsu se-ks pelanggannya yang berasal dari SIngapura bekerja sebagai 'tauke'
kapal.
Dalam
masa yang sama juga, Maria turut meminta gambar nakal Fatin untuk diberikan
kepada pelanggannya terlebih dahulu.
Bagaimanapun,
Fatin hanya memberikan gambar lembu dan babi kepada individu terbabit sebelum
menyekatnya dari laman Facebook. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Muka Aku Ni Muka Pelacur Ke?' Suri Rumah Dapat Tawaran Hebat Sebagai Pelacur"
Post a Comment