
Masih
lagi menunggu keputusan pihak mahkamah, Linda Rafar dalam masa yang sama
mengakui dirinya mengalami tekanan emosi dan berasa trauma selepas apa yang
menimpa dirinya baru-baru ini.itu juga berubah
dan tidak bercakap selepas pulang bekerja daripada Kelantan selain tidak
bertegur sapa mahupun bertentang muka.
“Kemudian
saya nekad mengambil keputusan untuk menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas
(SMS) kepadanya untuk bertanyakan mengapa dia langsung tidak menghiraukan saya.
Seterusnya pada pagi Selasa lalu, sekitar pukul 7.30 pagi, kami mula bertengkar
dan ketika itu dia melafazkan cerai”
“Kami
kemudian tidak bertegur antara satu sama lain dan dia keluar rumah tanpa rasa
bersalah atau cuba memujuk saya sebelum pulang semula pada waktu malam.
Sebolehnya saya tidak mahu lagi meneruskan perkahwinan ini kerana bimbang jika
usia kandungan telah meningkat, perkara sama akan berlaku sekali lagi”
Hasil perkahwinan yang dibina selama lapan tahun,
mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Rezaqiib, 7 dan Syed Rezariiq, 4
serta kini sedang hamil tiga bulan. Buat pasangan ini, bertabahlah menghadapi
dugaan dan semoga masalah ini akan berjumpa penyelesaian satu hari
nanti. “Bahkan saya rela untuk
mengharungi tempoh kehamilan tanpa suami. Sejujurnya perkara ini menyebabkan
saya trauma dan fobia untuk berdepan dengan masyarakat,” jelasnya kepadaKosmo!
0 Response to "Linda Rafar Dedahkan Perkara Sebenar Sepanjang Pergaduhan Dia Dengan Suami Sebelum Bercerai"
Post a Comment