Penyanyi dan juga pelakon Linda Rafar, mendakwa
suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi dan tambah
Linda, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7
pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya.
“Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan
anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah
terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma,” jelasnya yang kini hamil tiga
bulan kepada Harian Metro hari ini.
Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan
rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di
Instagram. Linda akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan
lafaz cerai itu.
“Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun
berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di
Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa,” katanya.
0 Response to "Linda Rafar Cerita Punca Sebenar Beliau Dedah Gambar KEMUSNAHAN Rumah Tangga Sendiri"
Post a Comment