
Berdiri
di atas nama kebenaran, pelakon Umie Aida sanggup berpisah dengan suaminya,
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jika suaminya itu belot dalam perjuangan
berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jelas Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno
Bahagian Batu Kawan, Umie Aida berbuat demikian bagi memastikan beliau tidak
tunduk atau ‘termakan’ pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik
laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.
“Umie
pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan
sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin
dia akan tinggalkan saya”
“Selama
saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi
semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia
dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan
saya,” kata Khairuddin mengulang kembali kata-kata Umie Aida sebelum ini
kepada mStar Online.
Tambah
Khairuddin, dia sangat bersyukur dengan perkara tersebut selain mengagumi
kesetiaan Umie ketika ini yang tidak pernah henti menyokongnya dan sentiasa
teguh bersama keluarga
.
.
0 Response to "Kerana Terlalu Cintakan Negara Umie Aida Sanggup Bercerai Dengan Suami"
Post a Comment