Hot !

Kejam!... Mayat Ditemui Dengan Kesan Tetakan Di Kepala Dan Tangan

Bukit Kayu Hitam – Mayat lelaki berusia 40-an ditemui dengan kesan tetakan di kepala dan tangan di Kilometer 5.4 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Kampung Padang Satu, di sini, pagi.


Kejam!... Mayat ditemui dengan kesan tetakan di kepala dan tangan
Kejam!... Mayat ditemui dengan kesan tetakan di kepala dan tangan
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam keadaan terlangkup dalam semak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan di lokasi kejadian hanya menemui selonggok kunci dan telefon bimbit pada mangsa manakala dompet serta pengenalan dirinya tidak ditemui.


“Bagaimanapun, kita masih mengesan senjata yang digunakan suspek untuk menetak mangsa dan setakat ini masih belum mendapat sebarang petunjuk,” katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian, di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor Harian Metro.

0 Response to "Kejam!... Mayat Ditemui Dengan Kesan Tetakan Di Kepala Dan Tangan"

Post a Comment