PERKEMBANGAN
arus teknologi membolehkan kita menikmati pelbagai perkara terus dari skrin
komputer , apatah lagi dengan perkembangan teknologi realiti-maya yang semakin
memudahkan lagi perkara berkenaan, disamping menjadikannya lebih
interaktif.
Kini,
salah satu media terkemuka, iaitu Al-Jazeera hadir dengan video interaktif
360-darjah dinamakan sebagai Hajj 360.
Melalui
video berkenaan, pengguna boleh melihat kawasan-kawasan yang dikunjungi ketika
melakukan ibadah haji terus pada komputer atau telefon pintar mereka dalam
bentuk paparan 360-darjah.
Dengan
membuka video berkenaan pada desktop, anda boleh mengerakkan video untuk melihat
paparan lain menggunakan kekunci arah pada papan kekunci.
Sebaliknya,
jika ingin lebih menarik, maka anda boleh menggunakan telefon pintar anda
melalui aplikasi YouTube dan seterusnya mengerakkan ia ke kiri, ke kanan, ke
atas dan ke bawah untuk melihat pemandangan sekeliling serta pada masa yang
sama mengikuti penerangan berkenaan sesuatu lokasi
Sumber: Al-JAZEERA
0 Response to "Jom Lihat Kawasan Kaabah Dalam Paparan 360 Darjah"
Post a Comment