Adoi..Macam
mana tu boleh ada tiga suami sekaligus??? Syiah mana dia ikut tu??? Seorang
lelaki berusia 57 tahun menjadi mangsa ‘permainan cinta’ seorang perempuan muda
yang dikahwininya di Selatan Thailand, dua tahun lalu.
Difahamkan, hasrat untuk mengecap bahagia bersama
isteri keduanya tu musnah selepas dia dapat tau perempuan tu belum bercerai
dengan suami pertama dia. Tu la tak selidik betul-betul dulu latar belakang
perempuan tu! Main redah aje kawen. Kononnya kerana cinta!
Bapa kepada tiga anak tu mendakwa mengahwini isteri
kedua dia yang berusia 27 tahun masa tu di Majlis Agama Islam Narathiwat,
perempuan tu temberang dia mendakwa dia masih anak dara.
Piuhhh!
Difahamkan, dia jumpa perempuan tu yang bekerja di
Bernas, Jitra, Kedah dan mengambil keputusan untuk mengahwininya di Selatan
Thailand pada 12 September 2013, memandangkan perempuan tu menggesanya dan
enggan bernikah di Malaysia. Nampak sangat dah pelik kat
situ!
“Kalau boleh memang kami nak kahwin di sini, tetapi
dia menggesa saya untuk kahwin cepat di Selatan Thailand. Bila saya nak daftar
kahwin di sini, dia banyak berdolak dalik sehingga saya tahu dia pernah
berkahwin sebelum ini dan masih belum bercerai secara sah dengan suami
pertamanya.
“Kami hanya sempat bersama seminggu sebelum rahsia
statusnya yang belum bercerai secara sah dengan suaminya sebelum ini,
terbongkar.
“Saya suruh dia fasak dengan suami pertamanya
dahulu, sebab saya rasa pernikahan kami di Siam tak sah kerana dia bohong
tentang statusnya,” katanya.
Menurut lelaki malang tu, dia menunggu perempuan tu
setahun lebih dan dalam tempoh tu dia selalu berulang alik bertemu perempuan tu
di Kedah, selain menghulurkan wang belanja bulanan.
Tapi penantiannya hampa apabila Julai lalu, dia
menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu yang
memerintahkannya hadir untuk mengesahkan perceraian taklik.
“Saya dah habiskan banyak untuk dia kira-kira
RM26,000 tetapi akhirnya saya terima surat perceraian taklik daripada wanita
itu. Saya ke mahkamah pada 2 September lalu tetapi dia tak hadir. Saya pergi ke
rumah dia, tetapi ibunya beritahu wanita itu sudah berkahwin lain lima bulan
lalu.
“Macam mana dia boleh kahwin lain, sedangkan dia
belum rasmi bercerai dengan suami pertamanya. Saya dapat tahu dia kahwin dengan
suami barunya orang Negeri Sembilan di Selatan Thailand.
“Macam mana pula dengan pernikahan kami di Siam..
kalau ia sah.. saya pun belum ceraikan dia lagi. Kalau macam ni.. dia dah ada
tiga suami dalam satu masa,” katanya.
Disebabkan rasa tertipu dengan ‘permainan cinta’
perempuan tu, lelaki tu dah buat report polis di Balai Polis Bachok pada 3
September lalu, sebagai rujukan untuk peguam dan mahkamah.
Yang diluar tu berhati-hati la ye, takut nanti jadi
mangsa perempuan tu pula! Perempuan ni 'kaki kikis'!
0 Response to "Isteri Muda baru nikah rupa-rupanya ada 3 suami"
Post a Comment