Gila, seorang bapa kepada tiga anak telah
ditangkap kerana melakukan hubungan se ks dengan kuda, dalam kes yang
mengejutkan penduduk di Norfolk.
Lelaki itu, Alan Blackman, 31, ditangkap
selepas binatang itu cedera hingga terpaksa dirawat oleh veterinar di sebuah
ladang, semalam.
Perlakuan kejinya itu berjaya dikesan selepas
CCTV merakamkan perbuatan terkutuk itu.
Blackman sebelum ini tidak mengaku melakukan
perbuatan itu dan mendakwa gambarnya yang tersebar di media sosial adalah satu
kesilapan dan salah orang.
Bagaimanapun ketika dihadapkan di mahkamah
semalam, dia mengaku salah dan hukuman ke atasnya akan dijatuhkan pada 23
Oktober ini.
Hakim Stephen Holt ketika menundakan hukuman
berkenaan berkata, memandangkan Blackman mengaku salah sebelum perbicaraan
diadakan, maka mahkamah ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya
“Ia adalah kes di mana laporan pakar psikiatrik
amat diperlukan,’’ kata hakim.
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Gila Lelaki Ni..Nodai Kuda Sampai Cedera Parah"
Post a Comment