Timbul khabar angin bahawa Sharnaaz
Ahmad kini sedang bercinta dengan kakak kepada aktres Neelofa
iaitu Noor Nabila yang kini menjadi perhatian peminat, Sharnaaz
tampil menafikan beliau sedang bercinta dengan Nabila dan hubungan mereka tidak
lebih daripada rakan perniagaan.
Namun, kata orang sebuah foto itu tidak pernah
boleh menipu. Sering memuat naik foto bersama di Instagram masing-masing jelas
terpancar kemesraan di antara mereka. Iyalah, tak pernah lagi kami lihat rakan
dalam perniagaan boleh mesra dan gila-gila macam ni. Menguatkan lagi spekulasi
mereka sedang menyulam kasih, Nabila telah menulis kapsyen yang cukup mendalam
ketika memberikan ucapan hari lahir buat Sharnaaz.
Happy birthday to someone I only recently got closer to. Someone who brightens up my days and brings light to my life. Someone who makes me do things ive never thought i would. Someone who taught me to love again and to love like never before. Someone who makes me feel safe and makes me laugh and smile again when i’d almost forgotten how to. Thank you for everything you’ve given me.
Menerusi Instagram Sharnaaz juga, beliau
menyifatkan kehadiran Nabila dalam hidupnya adalah sesuatu yang tidak boleh
ditukar ganti mahupun di jual beli. Malah, wanita tersebut telah menyinari
kehidupan beliau kini.
0 Response to "GAMBAR MESRA & UCAPAN ROMANTIS BUKTI NOOR NABILA DAN SHARNAAZ AHMAD BERCINTA?"
Post a Comment