
Kelana Jaya : Jemaah haji
Malaysia, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak disahkan meninggal dunia dalam
tragedi kren tumbang di Masjidilharam, kelmarin.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada sidang media
khas mengenai tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram, di sini, sebentar
tadi.
"Pasukan perubatan Tabung Haji
(TH) dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman jenazah melalui
108 gambar pada jam 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu
Malaysia).

"Proses pengecaman dilakukan
melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri
jemaah dan ujian DNA sekiranya perlu," katanya.
Allahyarhamah antara lapan jemaah
Malaysia yang hilang selepas kejadian yang mengorbankan nyawa 107 jemaah dan
lebih 200 lagi cedera itu.
Sementara itu, Jamil Khir meminta
waris yang lain terus bersabar dan berdoa kerana TH akan berusaha untuk terus
mencari mangsa di hospital berdekatan serta memastikan proses pengecaman
diselesaikan secepat mungkin.
"TH akan memaklumkan perkembangan
terkini dari semasa ke semasa," katanya. Sementara itu, beliau berkata, lima
jemaah yang cedera sudah dibenarkan pulang manakala lima lagi jemaah dilaporkan
stabil dan masih mendapat rawatan di tiga hospital di Makkah. Al-fatihah Credit
BH
0 Response to "(Foto) Rusiah Suar Mangsa Kren Jatuh Di Masjidil Haram, Kini Dia Sudah Pergi Menghadap Ilahi"
Post a Comment