Penggunaan emoji dalam mesej akan menjadikan perbualan anda lebih rancak dan menyeronokkan. Ada yang lebih kreatif hanya menggunakan emoji untuk menyampaikan sesuatu mesej. Contohnya, hantar emoji menangis untuk memberitahu anda sedang bersedih dan sebagainya.
Tapi apa yang lebih menarik untuk pengguna Apple, iOS 9.1 yang dijangka akan tiba November ini akan menambah beberapa lagi emoji baru yang menggunakan standard Unicode 8.0 dan Unicode 7.0. Antara emoji baru yang diperkenalkan ialah emoji berbentuk keagamaan seperti Kaabah, masjid, sinagoga, lilin menorah dan getah.
Buat pengetahuan anda, emoticon sudah digunakan secara atas talian sejak 1982 lagi. Ia pertama kali digunakan oleh Scott Fahlman pada 19 September 1982 di laman diskusi sains Universiti Carnegie Mellon. Emoticon yang beliau gunakan adalah
dan ☹ bagi memudahkan pengguna mengetahui sama ada mesej yang ditulis adalah jenaka atau serius. Selepas 33 tahun, penggunaan emoticon digantikan pula oleh penggunaan emoji. Emoji diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi Jepun NTT DoCoMo bagi memudahkan pengguna berkomunikasi sesame sendiri. Kini hampir 1000 emoji telah dihasilkan. Malangnya, tak semua peranti yang menyokong emoji ini.

Sumber : Era fm
0 Response to "EMOJI KAABAH DAN MASJID DALAM IOS 9.1"
Post a Comment