
KUALA
LUMPUR – Penulis blog kontroversi, Alvin Tan, telah berkongsi dan memuat naik
gambarnya yang sedang memegang
buku-buku berkaitan Islam di sebuah masjid di Los Angeles, menerusi laman
‘Facebook’nya, pagi tadi.
Perkara
itu mendapat perhatian masyarakat Islam di negara ini, bahkan ada yang turut
mendoakan mudah-mudahan hidayah
tersebut sampai kepada Alvin untuk terus mendalaminya, sekali gus memeluk agama
Islam.
Menerusi
kenyataan Alvin, disebabkan saranan dan galakan daripada umat Islam, maka dia
membuat keputusan untuk menghayati
agama Islam.
“Hari
ni aku ade sikit masa lapang, jadi aku pergilah masjid di Los Angeles, atas
galakan dan saranan umat2 Islam kat page
aku. Bila aku masuk ruang legar tu, pak Imam dah jemput masuk… Aku pon katalah,
“I want to learn more about
Islam,”katanya.
Alvin
turut berkongsi menerusi pengalamannya berada di dalam masjid tersebut, dimana
dia sempat menghayati keindahan
motif, corak dan tulisan yang memenuhi ruang dinding masjid tersebut.
“Kat
dlm masjid tu mmg indah, dindingnya penuh dgn tulisan Jawi dan petikan2 daripada
Al Qur’an… Pak Imam tu terangkan
Islam pd aku, semua basics yang aku dah tau (5 pillars of Islam, 6 basic
principles, etc.), tapi aku sibuk melihat
design
dan estetik masjid.
“Aku
nak tangkap gambar, tapi dalamnya depa tulis, “No photography or videography is
allowed.” Biarpon begitu, aku ajak sekali
Pak Imam tu ambik selfie. Tau ape dia kata, “I have no problems with
photographs, but I don’t know how you intend to
use this photograph.” Iisshhh, sensitip pulak tu.
“Jd
yg sy sempat tangkap hanyalah selfie aku di perkarangan masjid, bersama2 bahan
bacaan yg diberikan oleh Pak Imam tersebut.
Akhirnya dengan membuat hashtag #?Allahuakbar?.
Alvin
yang mendapat 6,437 like 533 share itu kemudiannya sekali lagi memuat naik
statusnya lima jam yang lalu, tidak berpuas
hati dengan segelintir penyokongnya yang akan berhenti menyokong sekiranya dia
memeluk agama Islam.
“Dahsyat
org kat page aku ni… Dah ade segelintir penyokong aku yg PM aku, ckp kalau aku
betul2 masuk Islam, depa akan henti
sokong aku serta-merta,”katanya.
Terdahulu,
Alvin yang sebelum ini dikatakan telah melarikan diri ke luar negara, kerana
membuat kenyataan jenayah terhadap
anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad? Zahid Hamidi, Nurul Hidayah di laman
Facebooknya, Ogos lalu.
Alvin
yang membuat kenyataan tersebut bersama pautan mengenai kenyataan Nurul mengenai
perhimpunan Bersih 4.0.
Kenyataan
jenayah tersebut menjadi viral dan dikongsi di laman sosial dan aplikasi
komunikasi.- SuaraTV
0 Response to "Dapat Hidayah, Alvin Tan Akhirnya Mula Belajar Islam?"
Post a Comment