
Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.
Dialog di antara kami seperti berikut:
Kasma: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih.
Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.
Kasma: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?
Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.
Kasma: Rebut-rebut? Di mana?
Fatihah: Ada orang letak baju-baju, beras, gula, minyak di kampung. Ha, ibu saya pergi rebut-rebut.
Perasaan ingin tahu aku semakin tinggi. Maka aku bertanya lagi soalan lanjut.
Kasma: Ayah awak tak kerja ke?
Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.
Kasma: Ayah kerja di mana?
Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)
Kasma: Pergi sekolah bawa duit tak?
Fatihah: Bawa, seringgit.
Kasma: Mana ibu dapat duit?
Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit.
Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya.
Kasma: Di rumah selalu makan apa?
Fatihah: Makan sayur.
Kasma: Dapat dari mana?
Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.
Kasma: Lauk pula?
Fatihah: Ayah mancing di lombong.
Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.
Kasma: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?
Fatihah: *hanya sekadar mengangguk
Kasma: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai.
Begitulah sedikit cerita yang aku peroleh dari pengalaman sendiri. Sebenarnya, mana-mana cikgu pun ada pengalaman seperti ini. Perkongsian ini bukan untuk meminta simpati tetapi nak bagi sedikit keinsafan. Allah uji bermacam-macam bentuk, melihat orang yang lebih susah menjadikan kita lebih bersyukur. Jangan membazir.
Semoga ada manfaatnya. -
sumber
0 Response to "Cikgu, Ibu Saya Takde Duit Nak Beli Stokin Putih"
Post a Comment