Tidak mahu berselindung, Chacha Maembong
mengakui malu keranca sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam
persekolahan seperti remaja lain malah perkara itu turut menjadikan dirinya
berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama rakan baru.
“Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri
apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang
perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih. Setiap kali
perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down”
“Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa
saya tidak bersekolah. Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya
tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga
kanan sahaja.
“Pada saya kebijakkan antara belajar secara
home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun,” jelasnya kepada mStar
Online.
Walaupun Chacha tidak menempuhi alam
persekolahan, dia sebaliknya mengambil inisiatif untuk belajar secara
persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia
17 tahun.
0 Response to "Cha Cha Luah Perasaan Setelah Dikeji Kerana Tidak Bersekolah"
Post a Comment