Apakah
hukum mandi bOleng?
BOLENG
yang dimaksudkan adalah mandi dengan tanpa seurat benang pada badan. Hukum mandi
boleng adalah harus. Sebaik-baiknya mandilah dengan memakai kain basahan atau
seluar dalam bagi menutup kemaluan. Tidak menjadi satu kesalahan untuk mandi
secara boleng. Dalam Islam, hukumnya adalah HARUS.
Imam
al-Nawawi menjelaskan di dalam hadith ini yang menjelaskan kebenaran mandi
berkeadaan bogel jika dia berseorangan.
"Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan." [Sharh Muslim, 4/32].
Akan
tetapi tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai
kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama'
salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai
semasa mandi itu tidak
dapat dilihat oleh orang lain.
Namun
begitu, terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama
isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim
dan Bukhari.
Sekiranya
ingin mandi dengan berpakaian juga tidak menjadi kesalahan kerana Rasulullah saw
pernah mandi dengan berselindung dengan kain. Mandi
berpakaian adalah digalakkan berdasarkan hadith yang
bermaksud: "Allah
swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."
Sahabat sekalian perlu diingat di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia. Alam kita dan dia adalah berbeza. Jin ini kita tidak dapat melihatnya. Cuba bayangkan situsainya jika jin sentiasa mengekori kita ke mana sahaja. Kecut perut bukan...
Walaubagaimanapun...apa
yang ingin ditegaskan di sini adalah berasa malulah kita kepada Allah daripada
makhluk lain.
Wallahualam...
0 Response to "BAHAYA SEBENARNYA MANDI TANPA SEURAT BENANG !!!! Mesti Kita Tak Terfikir Apa Bakal Terjadi"
Post a Comment