
TEHERAN
– Johan Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa ke-57 dari Iran,
Mohsen Hassani Kargar antara jemaah yang dilaporkan meninggal dunia dalam
kejadian rempuhan di Mina, Khamis lalu.
Organisasi
Haji Iran menyatakan semalam, jemaah Iran yang hilang dalam insiden itu
bertambah kepada 336 orang.
Jun
lalu, Mohsen menewaskan qari Malaysia, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, sekali gus
muncul sebagai qari ke-10 dari Iran menjuarai tilawah al-Quran di Kuala
Lumpur.
Beliau
memperoleh markah 91.75 peratus bagi melayakkannya bawa pulang wang tunai
RM40,000 dan jongkong emas bernilai RM70,000.
Sementara
itu, Iran mengesahkan 131 rakyatnya terbunuh di Mina. – IQNA #GambarHiasan
0 Response to "Al-Fatihah, Johan Antara Mangsa Meninggal Dunia Di Mina"
Post a Comment