SELAMAT
JALAN ISTERIKU, UMI MEMANG LAYAK DIGELAR SYUHADA, DAMAILAH DIKAU
DISANA.
16 tahun masa kita bersama, bukan lah
mudah bahtera kehidupan yg kita bina bersama-sama di layari, berbagai dugaan dan
cabaran yg kita tempuhi bersama-sama.
16 tahun
masa kita bersama, umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan
perangai abah, tidak sekelumit pun hilang kesetian umi pada
abah.
16 tahun
masa kita bersama, kini umi telah pergi buat selama-lamanya, tiada org yg paling
bertuah dunia ni abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yg
solehah seperti umi.
Kini kami
kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami ,tapi takdir tuhan
mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redho dengan ketentuanNya dan
bersyukur perginya umi sebagai seorang syuhada.
In sha
Allah, abah akan penuhi hajat yg sentiasa umi luahkan, anak-anak abah akan isi
dengan ilmu akhirat yang secukup-cukupnya. Biarlah suatu hari nanti anak-anak
kita akan bergelar hafiz dan hafizah.
Moga-moga
abah, kakak, adik dan eiman dapat bertemu kembali dengan umi di SANA
nanti.
Abah
halalkan dan ampunkan segala dosa-dosa umi, umi bagaikan kain putih bersih dan
bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah, abah redho dgn
segala-galanya.
Damailah
umi di sana............

“Kalau
diizinkan Allah, saya nak mati di Mekah,” demikian luahan terakhir Siti
Nuroshlizan Zolkifli, 37, kepada suaminya Mohd. Fadzlin Ismail, 37, sebelum
berangkat ke Mekah.
Siti
Nuroshlizan yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli,
Kelantan disahkan meninggal dunia oleh Tabung Haji dalam kejadian kren tumbang
di Masjidilharam, Jumaat lalu serta meninggalkan tiga anak iaitu Siti Nurul
Najihah, 14; Siti Nurul Nadiah, 10, dan Iman Basheer, 5.
Mohd.
Fadzlin memberitahu, walaupun masih terkejut dan sedih dengan berita kematian
tersebut, mereka sekeluarga menerimanya sebagai ketentuan Allah.
“Sebelum
berangkat menunaikan haji, banyak kali dia menyatakan keinginan untuk mati di
Mekah dan meminta anak-anaknya sentiasa sedekahkan al-Fatihah buatnya kelak.
Walau bagaimanapun, saya tidak menyangka perkara tersebut benar-benar
berlaku.
“Tiada
perubahan ketara ditunjukkan oleh arwah, namun dia kelihatan lebih fokus dalam
menjalani ibadah. Arwah pernah memberitahu saya fokus dia sekarang adalah
persiapan untuk akhirat semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia
di sini hari ini.
Menceritakan
semula detik sebelum isterinya berangkat ke Mekah, Mohd. Fadzlin berkata, arwah
mengucup pipinya dan anak-anak seolah-olah mengetahui bahawa itulah kucupan
terakhir mereka sekeluarga.
“Pada
masa ini saya sedang berusaha mendapatkan pasport dan visa bagi membolehkan
melawat jenazah isteri. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen
Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz kerana sedia membantu dalam
pengurusan dokumen perjalanan ke Mekah, bantuan tersebut sangat diperlukan,”
katanya.
Dalam
pada itu anak kedua Allahyarham Siti Nuroshlizan, Siti Nurul Nadiah ketika
ditemui di Shah Alam, Selangor, dekat sini berkata, dia sempat menyampaikan
kata-kata terakhir kepada ibunya.
“Sebelum
ummi pergi, saya minta ummi jangan mati di sana. Ummi juga ada nasihat, jangan
tinggal solat, selalu baca al-Quran dan doakan dia selamat,” katanya sambil
mengalirkan air mata.
Sementara
itu, Ikmal Hisham berkata, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan sumbangan
kewangan serta membantu suami mangsa bagi mendapatkan pasport dan visa kebenaran
berangkat ke Mekah.
“Alhamdulillah,
semuanya diper-mudahkan oleh Allah apabila permohonan pasport Mohd. Fadzlin
telah diluluskan dan hanya menunggu visa sahaja. Oleh sebab itu, saya sangat
berterima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim atas
segala bantuan yang diberikan.
“Saya
berharap keluarga mangsa dapat bersabar dengan ujian daripada Allah. Insya-Allah
mereka akan diberi sokongan dan bantuan selagi mampu. Tabung Haji telah berjanji
akan mendapatkan penerbangan paling awal kepada suami mangsa sekiranya semua
dokumen telah lengkap,” katanya yang berada di bangunan Tabung Haji di sini bagi
membantu Mohd. Fadzlin.
Turut
hadir Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Irwan Mansor dan Pegawai Khas Pengerusi Tabung Haji, Mohd.Khairul Rizzuan
Abu Hassan.
0 Response to "(5 Gambar) Pelukkan Erat Terakhir, Selamat Jalan Isteriku Damailah Disana"
Post a Comment