Kuala
Lumpur : Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur
Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani
latihan, kini bertambah baik.
Timbalan
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad
dalam kenyataannya melalui aplikasi Whatsapp kepada media berkata, Nur Rozi kini
sudah boleh bangun dan duduk.
"Alhamdulillah...salur
oksigen hidung sudah dicabut, hari ini Nur Rozi cuma gunakan oksigen mulut
sahaja. Paru-parunya makin berkembang dengan elok. Pagi tadi dia sudah bangun
dan duduk di kerusi.
"Nur Rozi
juga sudah boleh makan dan minum seperti biasa," katanya mengenai keadaan Nur
Rozi, selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km19, Lebuhraya Silk
Kajang pada Sabtu lepas.
Nur Rozi
berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan pada Ahad lepas dan
keadaannya dilaporkan stabil selepas itu.
Pelumba
berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan pada pukul 9.45 pagi ketika
menjalani latihan bersama pelumba lain.
Laporan
awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikalnya
ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring
yang mengekorinya.- Bernama
0 Response to "(3 Gambar) Keadaan Nur Rozi Selepas Seminggu Di Gilis Van pengiring Basikal"
Post a Comment