BACHOK: Gara-gara terlalu lama menunggu gilirannya di pejabat pos dan semasa sampai gilirannya alat biometrik cap jari pula "offline" menyebabkan seorang wanita telah mengamuk di Pejabat Pos Bachok, Jalan Besar di sini semalam.
Berdasarkan cerita sumber yang kami terima, kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 petang wanita berumur 40-an berkenaan telah menuggu nombor gilirannya untuk mengeluarkan wang daripada akaun Amanah Saham Bumiputera.
Punca kemarahannya berdasarkan sumber adalah kerana pejabat pos berkenaan hanya beroperasi satu kaunter dari empat kaunter yang ada dan setelah lama menunggu tiba-tiba dimaklumkan sistem "offline" menyebabkan dia mengamuk menjatuh dan merosakkan barangan di dalam pejabat pos berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.
Sumber
0 Response to "Wanita Naik Hantu Di Pejabat Pos Selepas Sistem Biometrik "Offline" Semasa Gilirannya"
Post a Comment