Hot !

'KAU TUNGGU NASIB KAU TASHA SHILLA, KAU TAKKAN SELAMATLAH BETINA!'



Seorang wanita bernama Carmen Emirda, memuat naik gambar seorang lelaki yang dipercayai Hans Wong, bekas kekasih Tasha Shilla, membuat laporan polis kerana dibelasah sekumpulan lelaki yang didakwa telah diupah oleh Tasha Shila.

"Do report polis now. Kau tunggu nasib kau Tasha Shilla. Kau yang datang serang kami, lepas itu hantar 40 orang pukul boyfriend aku. Kau memang tak akan selamatlah betina!," kata Carmen.

Bagaimanapun, Hans tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk berdasarkan komen Carmen di laman Instagramnya.

Seorang lagi pelakon baru, Fara Mendoza juga dipercayai berada di tempat kejadian turut mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah kelab malam melalui laman Instagram Carmen.




"Entah si minah gila ini. Dengan aku, aku pun dia block. Dasar betina meroyan. Han dah tak nak, terimalah kenyataan. Orang ramai yang simbah air kat kaulah. Bukan kitaorang yang simbah Tasha Shilla. Come on la, satu club yang halau kau keluar," katanya yang menjelaskan punca kejadian itu.

0 Response to "'KAU TUNGGU NASIB KAU TASHA SHILLA, KAU TAKKAN SELAMATLAH BETINA!'"

Post a Comment