Mendapat
gelaran ‘Beauty of Qingdao’, model terkenal Li Ying Zhi popular di China kerana
kecantikannya yang memukau hadirin, terutama ketika dia menjadi model di Beijing
Motor Show 2012.
Bukan
sekadar model di acara pameran kereta, dia yang berasal dari Qingdao yang
terletak di Wilayah Shandong juga merupakan seorang aktres, penari dan
peragawati fesyen ‘runway’.
Namun
kini selepas 2 tahun, wajahnya berubah menjadi aneh kerana ramai mendakwa,
pembedahan kosmetik yang dijalaninya telah tamat tempoh.
Dalam
gambar yang tersebar meluas di media internet, wajah Ying Zhi bertukar menjadi
bujur dan tirus terutama di bahagian dagu.
Ia
sekaligus merubah persepsi kebanyakan orang ramai yang mendakwa, kecantikannya
hanya plastik dan prosedur tersebut akhirnya memakan diri Ying Zhi.
Itulah,
obses untuk kelihatan menawan akhirnya memakan diri kerana prosedur tersebut
tidak bertahan selamanya.
Mungkin
sudah tiba masanya Ying Zhi menjalani proses pembedahan baru untuk kelihatan
sempurna untuk 2 tahun akan datang?
0 Response to "Wajah Jelita Wanita Ini Bertukar HODOH Selepas Pembedahan Plastik Tamat Tempoh"
Post a Comment