KUALA LUMPUR 25 Ogos - Terbit rasa terkilan dan kecewa di hati penyanyi
Stacy, 25, atau nama sebenarnya Stracie Agnes Anam selepas melihat gambar serta
video rakamannya mengucap dua kalimah syahadah di Jabatan Agama Islam Johor
(JAIJ), Johor Bahru tersebar meluas di Internet.
Berasa dirinya dianiaya, Stacy menyifatkan penyebaran tersebut satu
tindakan yang tidak wajar kerana membantutkan kegembiraannya memeluk agama Islam
yang direncanakan sejak setahun lalu.
Menurut penyanyi Pakai Buang itu, dia yakin video dan gambar berkenaan
disebarkan oleh salah seorang yang berada di dalam pejabat JAIJ yang turut
menyaksikan proses pengislaman Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy
Abdullah.
“Saya tahu dia duduk berhadapan dengan saya berdasarkan sudut rakaman video
dan gambar berkenaan. Sedangkan, ketika memasuki pejabat tersebut, wakil JAIJ
berjanji bahawa proses tersebut adalah sulit dan rahsia.
“Jadi saya rasa teraniaya apabila janji tersebut diingkari setelah mendapat
tahu ia disebar secara meluas. Perasaan saya yang gembira setelah memeluk Islam
bertukar menjadi sedih dan kecewa setelah menerima berita itu,” katanya dalam
sidang akhbar tergempar yang diadakan di Astro, di sini hari ini. - UTUSAN
ONLINE
0 Response to "Takziah Buat Saudara Baru Islam Stacy Atau Ummu Shaikhah Abdullah"
Post a Comment