Mohon maaf atau disaman, kata keluarga Anwar
kepada ketua Umno Kepong yang mengampu Najib
Keluarga Presiden PKR Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail tuntut Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd
Hamid mohon maaf kepada mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos,
2015.Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan saman terhadap Ketua
Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid susulan kenyataannya yang mengatakan
terdapat "berbilion ringgit" dalam akaun bank
Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.
Dr Wan Azizah,
bersama anak-anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Nurul Nuha dan
Mohd Ihsan memfailkan saman tersebut kepada Rizuan semalam.
Melalui notis
tuntutan yang diedarkan kepada media, melalui peguam mereka, Daim & Gamany,
Rizuan dituntut mengemukakan permohonan maaf dalam akhbar harian nasional dan
penarikan balik artikel tersebut sepenuhnya.
Selain itu, Rizuan juga dituntut membayar sejumlah
pampasan kerana merosakkan nama dan reputasi keluarga Anwar serta tidak lagi
mengulangi kenyataannya. "Kamu juga dituntut untuk membalasnya dalam tempoh 48
jam, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan prosiding undang-undang
dikenakan dengan kosnya ditanggung pihak kamu sepenuhnya," kata notis tuntutan
tersebut.
Notis tersebut turut memetik kenyataan Rizuan dalam portal berita
Astro Awani yang mengatakan Yahudi menggunakan pembangkang untuk menjatuhkan
kerajaan.
Rizuan mengeluarkan kenyataan itu ketika mesyuarat perwakilan Umno
Bahagian Kepong, minggu lepas.
"Pembangkang pakai duit ratusan juta,
berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok saja dalam akaun Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd
Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?"
kata Rizuan, dipetik laporan portal berkenaan.
Notis tuntutan berkenaan
berkata, dakwaan Rizuan itu palsu dan fitnah terhadap keluarga Anwar.
Dalam
ucapannya, Rizuan turut mendakwa, Yahudi menggunakan akhbar The Wall Street
Journal (WSJ) dan Claire Brown untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan dengan
memanipulasi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Lihat saja Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid pergi ke hulu ke hilir untuk
mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada serangan puak Yahudi terutama
yang mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui pintu belakang.
"Mereka mahu
jatuhkan kerajaan kita," katanya.
0 Response to "Mohon maaf atau disaman, kata keluarga Anwar kepada ketua Umno Kepong yang mengampu Najib"
Post a Comment