‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.
Kalau
betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku…aku sumpah akan keluar
balik susu dari mulut engkau!”
Itulah
kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh
sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.
Tubuh
saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup.
Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.
Tetapi
sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar.
Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.
Ibu
serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu
juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat
sumpahan seorang ibu.
Waktu
itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan
saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.
Saya
langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada
merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa
mengira masa…
Saya
masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah.
Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu
kepada rakan-rakan saya.
“Kami
semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu
terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah
dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya
masih ingat saya buat air Milo panas.
Sebaik
siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat
meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.
“Kalau
hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita!
Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.

Saya
merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu.
Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!
Sepatutnya
ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri
rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan
pagi.
Saya
tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan
yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak
datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya
betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.
Saya
ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah
hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat
begitu?
“Ah!
Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang
malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.
Ketika
itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi
saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang
teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.
Ibu
melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula
menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya.
Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke
dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.
Sekali
lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan
sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di
tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti
terkena hysteria.
Disinilah
bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari
mulut ibu.
“Kalau
engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar
balik susu dari mulut engkau!”
Selepas
keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu,
saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga
saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan
marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak
pernah saya bayangkan sebelum ini.
Tiba-tiba
air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa
henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa
henti.
Ayah
juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap
kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak
endahkan saya.
Keesokan
harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih
teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.
Anehnya
selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh
dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya
mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat
penyakit yang saya alami ini.
Ayah
bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila
doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang
semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau
dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf
kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul
menjadi kenyataan.
Akhirnya
ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini
memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz
ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus
menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada
tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu.
Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu.
Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang
pernah di minum ketika saya masih bayi.
Sekali
lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan
memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya
ke dapur.
Ustaz
itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas
celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah
kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang
mengambil wuduk.
Ustaz
itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya
kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu.
kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu.
Setelah
selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali.
Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas.
Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh
saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.
Selepas
ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya
terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat
selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini.
Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti
mengalir.
Saya
mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu
memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya
dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan
menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz
itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap
seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu
diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan
redha.
Sejak
hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan
yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong
dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.
Saya
ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu
biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana
dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu
itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya
sendiri.
0 Response to "Susu Meleleh Dari Mulut Anak Tanpa Henti Akibat Sumpahan Ibu"
Post a Comment