“Saya
tak tahulah sama ada cerita nasi kangkang itu betul atau tidak, tetapi melalui
pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan
dengan nasi kangkang.”
Itu
permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu
berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat
tahun lalu.
“Usia
perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi
selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk,
disuruh berdiri, saya berdiri.
“Saya
langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri
saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati
suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.
Bekerja
sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya
dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun.
“Ketika
berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau
bercakap suaranya amat perlahan.
“Memang
itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak
menolak apabila saya menyuarakan isi hati.
“Segalanya
berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah
dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya.
Jelas
Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang
disifatkan cukup sempurna sebagai isteri.
“Kami
berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika
itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama.
“Saya
sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak
putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan
kami.
“Malangnya,
hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami
menjadi suami isteri,” jelasnya.
Menurut
Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin hari
semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari
ini.
“Saya
tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering dijadikan
seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini.
“Hairannya,
saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk mengatakan tidak
pada setiap arahannya.
“Hubungan
kelamin sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu, saya tidak
berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan,” ujarnya lagi
sambil meneguk minuman yang dipesan.
Saifuddin
berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya kerana Laila
cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung.
“Arwah
ibu saya pernah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak setegas dulu
tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat menyebabkan perangai asal
turut berubah.
“Laila
cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada masalah dalam
hubungan kami selama ini.
“Lagi
pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa sekali pun
menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya,” ceritanya lagi.
Soal
makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kelamin, Laila tidak
lagi menyediakan makan minumnya.
“Sesekali
kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri. Untuk makan
bersama memang sangat jarang berlaku.
“Sebenarnya
saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi saya sangat
tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya dayus dan tidak layak
bergelar suami?
“Adakah
benar saya termakan ‘nasi kangkang’ hasil perbuatan isteri sendiri menyebabkan
saya sukar untuk melepaskannya?,” soal Saifuddin.
Bukan
untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin
mencelarukan fikirannya.
Nasi
kangkang bukan dongeng
KEMAMAN
– Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih
terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk
menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan
jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.
Shamsuri
berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih
lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat s0ngsang
mereka.
0 Response to "Luahan Hati Suami Termakan Nasi Kangkang Isteri"
Post a Comment