Ini info yang belum dapat kami
pastikan kesahihannya lagi dan satu artikel baru akan menyusul selepas maklumat
ini disahkan atau dinafikan.
Bagaimanapun, seantero Malaya tahu
hubungan Stacy dan Akim bukan main-main lagi malah Akim pernah membuat kenyataan
bahawa dia (Stacy) sudah tidak jauh lagi ke arah untuk memeluk agama Islam
sepenuhnya.
Biarpun perkara itu yang akhirnya
menjadi isu sensitif sekitar bulan Mei lalu, hari ini tersebar pula di laman
sosial tentang Stacy telah selamat memeluk agama Islam.
Pengirim menulis, "Alhamdulillah, penyanyi Stacy baru sahaja selamat memeluk Islam sebentar tadi. Stacy yang diiringi ibu bapa Akim & ibu Stacy. Nama Islam Stacy sangat indah, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah."
Maklumat ini terlalu baru untuk
dihadam dan mungkin juga terlalu sensitif untuk terus dipercayai melalui satu
gambar tersebut.
Sejauh mana kebenarannya akan kita
ketahui tak lama lagi. Apapun tahniah kepada Akim kerana menjadi asbab untuk
Stacy memeluk agama Islam atas izin Allah. Semoga Allah membalas dengan
kebaikan.
Kalau betul perkara ini, tak lama
lagi kita akan dengar tentang Akim dan Stacy mahu menamatkan zaman bujang
mereka. Kita doakan :)
sumber : OH
MEDIA
0 Response to "Stacy Peluk Islam Dengan Nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah"
Post a Comment