Kisah ini dikongsikan
oleh Ummu Ilham . Admin baca pun sedih , sudahla bersusah payah jerih
mengandungkan 9 bulan , tidak sempat mendengar tangisan dan didakap serta
menyuakan susu , dia pergi menghadap Ilahi . Begitu berat ujian buatmu semoga
tabah .
Tiba-tiba
ingatkan dia..
Ilham
As-Shauqi Bin Mohamed Shukri
Bulan
2, 2009 Ilham sudah ada dalam rahim. Kami tunggu-tunggu Ilham. Kami doa, Ilham
jadi pengikat kasih ummi dan abi. Ilham, ummi selalu tertekan dan emosi tidak
stabil masa mengandungkan Ilham. Maaf, kalau Ilham boleh rasa semua itu dalam
rahim.
Ilham,
dulu kita susah sangat. Ummi kalau boleh tidak mahu ingat lagi, tapi saja ummi
tulis ini, supaya adik-adik (Dhuha dan Dani) syukur lahir dalam keadaan lebih
senang. Masa mengandung Ilham, Ummi kena kerja, ummi sambung belajar, abi belum
habis belajar. Tiap-tiap hari ummi stay-up di UIA, tolong abi siapkan drawing.
Antara matlamat utama kami dulu kahwin, memang mahu tolong menolong.
Alhamdulillah,
abi jadi 'best student' walaupun banyak ummi yang coordinate. Ilham tahu, masa
mengandung Ilham, kami makan bajet-bajet. Sehari seringgit. Cukup beli sayur
dengan telur. Ummi bawa Ilham check-up di Sungai Buloh. Masa itu kita tinggal di
Damansara.
Abi
kerja kuat. Malam kerja part time di Shell. Siang pergi kelas. Kasihan Abi. Satu
hari ummi teringin makan pizza. Duit tidak ada. Ummi buka album ada isi duit mas
kahwin RM100, ummi ambil sikit bagi pada abi buat beli pizza.
Abi
tanya "tak apake?"
Ummi
kata "tak apa."
Sampai
Ilham 4 bulan dalam rahim, ummi pindah tumpang rumah kakak ummi. Berat keputusan
ini, tapi abi baru saja kerja. Ummi kata, duit yang sepatutnya sewa rumah boleh
beri pada arwah nenek. Masa itu nenek sakit. Abi pun selalu kena balik Kedah.
Jadi kami jimat-jimat.
Alhamdulillah
keluarga Ummi banyak tolong. Masa itu ummi sudah tidak bekerja. Sumber
pendapatan daripada Abi seorang. Lagipun, duduk rumah kakak ummi dekat dengan
hospital. Ummi memang rancang bersalin di Hospital Pakar An-Nur.
Masa
39 minggu ummi baru mula check-up di Hospital Pakar An-Nur. Masa itu baru doktor
detect sesuatu tidak kena pada Ilham. Ada cyst. Cyst? Sebenarnya doktor Khamsiah
yang nampak dulu masa scan. Ummi macam blur. Sebelum ini check-up di Sungai
Buloh tidak ada apa-apa. Ummi tiada bajet buat detail scan. Ummi cakap dekat
kakak ummi, Dr. Ar. Minggu depannya ummi perlu induce jika tiada tanda. Kata Dr.
Ar apa-apa pun kena keluar dulu.
Ummi
induce dua kali masih tak ada tanda. Akhirnya jantung Ilham lemah. Dr. Ar kakak
ummi standby. Ummi emergency C-ser. 23 November 2009 lebih kurang pukul 9.45
malam Ilham lahir. Ilham keluar biru. Tidak cukup oksigen. Kakak ummi pam
oksigen manual dan cepat-cepat hantar ke HKL.
Ummi
mamai lepas pembedahan. Dalam pukul 12, ada seorang staff nurse teman ummi. Masa
ummi mamai, nurse ambil sampel darah bawa ke HKL. Abi masuk jumpa ummi. Ummi
tanya abi, "baby mana?". Abi kata, "baby problem sikit hantar HKL".
Ummi
cool. Pada ummi biasalah baby ada problem sikit lepas lahir. Ummi sembang dengan
staff nurse. Beliau cerita kisah beliau bersalin ada komplikasi. Beliau tidak
tahu beliau mengandung kembar. Jadi masa bersalin, kembar kedua keluar lewat dan
disahkan autisme.
Siangnya
dalam pukul 10, ummi masih terbaring. Ummi tertunggu-tunggu abi telefon.
Tiba-tiba Dr. Ar, kakak ummi masuk dan beritahu perkara sebenar. Kata beliau
"baby masalah besar. Congenital Diaphragmatic Hernia. 50-50 chances to survive.
Jangan harap sangat".
Buk!
Ummi rasa macam ada benda hempap kepala. Sakit dan pedih. Ummi telefon abi dan
menangis. Abi cakap "doa banyak-banyak". Ummi suruh abi balik Bangi. Abi tunggu
Ilham di NICU, HKL.
Ummi
telefon embah di kampung. Ummi nangis. Petang itu juga mereka sampai. Adik
beradik ummi semua datang hospital. Abi balik mandi-mandi di ward. Muka abi
serabut sangat. Abi suapkan ummi bubur. Ummi masih belum boleh bangun.
Malam
itu ummi kata pada abi, ummi nak tengok Ilham. Ummi belum tengok muka Ilham. Abi
kata Ilham putih melepak. Malam itu kakak keempat ummi dan embah (panggilan
nenek bagi orang jawa) naik kereta ke NICU. Ramai orang sudah ada di sana. Arwah
nenek pun ada.
Ummi
naik wheelchair masuk. Ummi tengok Ilham. MasyaAllah comel sangat. Macam muka
abi. Nenek cakap pun sama. Rambut lebat. Ummi geletek kaki Ilham, masa kaki
Ilham gerak-gerak ummi menangis. Ummi ambil gambar pakai telefon orang. Telefon
kami tiada kamera. Tapi gambar itu sudah hilang. Ummi ada gambar masa Ilham
sudah tinggal jasad.
Malam
itu ummi balik rumah kakak ummi, Dr. Ar. Abi tunggu Ilham di sana dengan nenek.
Pagi 25 November 2009, ummi telefon abi. Abi kata Ilham tambah teruk. Ummi
cakap, kalau Allah nak ambil Ilham, ummi dah redha. Ummi tak sanggup tengok
Ilham macam itu. Abi diam saja. Ummi letak telefon.
Dalam
pukul 9.00 pagi, abi telefon lagi. Abi bagitahu Ilham sudah pergi. Ummi menangis
dan bagitahu keluarga kita. Mereka semua siapkan untuk mandikan dan kebumikan
jenazah Ilham. Ummi tunggu di rumah.
Masa
Ilham sampai, itulah kali pertama ummi pegang Ilham walaupun hanya jasad. Ummi
cium. Abi dan ummi enjoy our last moment dengan Ilham. Sambil menangis ummi
peluk sampailah selesai semuanya Ilham selamt dikebumikan di Sungai
tangkas.
Abi
kata Abi kuat sampailah apabila doktor serahkan Ilham pada abi. Abi pegang Ilham
kali pertama masa itulah air mata mula mengalir.Ummi ambil masa setahun untuk
recover dan ia bukan mudah sampailah Dhuha hadir.
Walaupun
Ilham tiada, Ilham As-Shauqi Bin Mohamed Shukri, kamu tetap anak sulung kami.
Apabila orang tanya berapa anak kami, kami kata TIGA.
Ilham
As-Shauqi
Dhuha Tihani
Dani Al-Fateh
Dhuha Tihani
Dani Al-Fateh
Nota:
Congenital Diaphagmatic Hernia adalah sakit yang jarang-jarang ditemui.
Doa
saya untuk semua ibu bapa yang pernah kehilangan anak, didoakan mereka menjadi
syafaat kita di akhirat.
Amin.
0 Response to "Sedihnya! Kali Pertama Mendakap Anak Ketika Telah Menjadi Jasad"
Post a Comment