BANGI
- Seorang lelaki di usia pertengahan didapati menyamar sebagai anggota Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) di Bangi, tengah hari tadi.
Dalam
kejadian tengah hari tadi, mangsa cuba diperas ugut oleh lelaki ini yang
kononnya mendakwa dirinya adalah anggota polis.
"Lelaki
ini mendakwa kononnya dia anggota polis, siap beritahu tak pakai seragam. Hendak
dijadikan cerita, saya pergi ke Hentian Kajang naik motosikal dan bila nak
balik, helmet pula hilang. Jadi saya pun baliklah tunggang motosikal tanpa
helmet.
"Apabila
tiba di UKM, lelaki ini menahan saya, kononnya dia anggota polis. Dia tanya
kenapa tak pakai helmet, saya pun jelaskan apa yang berlaku. Malangnya lelaki
ini berkata saya sengaja bagi alasan dan ditambah pula dia kata dah nampak saya
sejak 3 4 hari lalu menunggang motosikal tak pakai helmet.
"Saya
kemudian menjelaskan yang saya baru dua hari lepas balik ke Bangi, macam mana
dia boleh nampak saya? Dari situ saya dah sedar lelaki ini ada agenda
tersembunyi.
"Dia
mengajak saya pergi balai dan saya akur sahaja. Namun, sebelum sampai ke balai,
dia berhenti tepi jalan dan menghubungi rakannya. Di fikiran saya, lelaki ini
nak memeras ugut saya dengan bantuan rakannya.
"Saya
cuba mengajaknya pergi ke balai tetapi dia menolak. Dari situ saya sudah dapat
meneka bahawa lelaki ini bukan anggota polis. Dia yang ajak pergi balai, dia
pula yang lari akhirnya," kata Al Firzie.
Orang
ramai dinasihatkan berhati-hati jika ditahan oleh lelaki ini. Mohon pihak polis
mengambil tindakan segera terhadap lelaki ini kerana tindakannya menyamar
sebagai anggota polis adalah salah dan boleh mencemarkan imej PDRM. - KREDIT
HYPEMEDIA
Related Posts :
PANAS - Jangan Berniaga Kalau Tak Pakai Tudung !-- google_ad_client = "ca-pub-6240835922132953"; /* berita-mediasemasa_main_Blog1_300x250_as */ google_ad_slot = "6879352026"; google_ad_w… Read More...
Lima Pembuli Mengaku Bersalah !-- google_ad_client = "ca-pub-6240835922132953"; /* berita-mediasemasa_main_Blog1_300x250_as */ google_ad_slot = "6879352026"; google_ad_w… Read More...
Penggal Rakan Sebilik Kerana Dituduh Diliwat !-- google_ad_client = "ca-pub-6240835922132953"; /* berita-mediasemasa_main_Blog1_300x250_as */ google_ad_slot = "6879352026"; google_ad_w… Read More...
Disambar Api Ketika Bakar Kereta Adik !-- google_ad_client = "ca-pub-6240835922132953"; /* berita-mediasemasa_main_Blog1_300x250_as */ google_ad_slot = "6879352026"; google_ad_w… Read More...
Polis Sudah Kenal Pasti Pembuli "Singlet Hitam" !-- google_ad_client = "ca-pub-6240835922132953"; /* berita-mediasemasa_main_Blog1_300x250_as */ google_ad_slot = "6879352026"; google_ad_w… Read More...
0 Response to "Pura-pura Menyamar Jadi Polis Untuk Peras Ugut Orang Yang Lalu Lintas Di Kawasan Tersebut , Apa Berlaku Selanjutnya..."
Post a Comment