Kuala Lumpur: Berpura-pura
mahu membeli bunga sebelum menyamun pekerja premis. Itu taktik dilakukan dua
suspek lelaki yang merompak seorang wanita dan melarikan wang tunai
RM350.
Dalam kejadian jam 7.45
malam kelmarin, dua suspek berusia 20-an menunggang motosikal sebelum
meletakkannya di hadapan premis menjual bunga di Jinjang Selatan, di
sini.
Ketua Polis Daerah Sentul
Asisten Komisioner R Munusamy berkata, seorang suspek menekan loceng premis dan
memberitahu mangsa yang dia ingin membeli bunga.
“Sebaik mangsa membuka
pintu, suspek segera mengambil gunting yang diletakkan di atas meja sebelum
mengarahkan wanita itu menyerahkan wang tunai dan barangan
berharga.
“Suspek turut membuka pintu
premis bagi membolehkan rakannya masuk ke dalam kedai sebelum mengambil wang
tunai,” katanya, semalam.
Hmetro
Online
0 Response to "Pura-pura Beli Bunga Sebelum Samun"
Post a Comment