DALAM zaman serba serbi
dunia teknologi ini, terlalu ramai manusia yang menggunakan nama atau identiti
palsu menerusi laman sosial.
Wajah di sebalik nama di
Facebook, Instagram atau mana-mana laman Internet itu tidak semestinya wajah
sebenar.
Perkara ini pernah berlaku
kepada anak penyanyi legenda rock negara, Nabila Huda apabila individu tidak
bertanggungjawab itu telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mengaut
keuntungan di Facebook.
Pemilik akaun palsu
tersebut dikatakan telah memperdaya pengguna lain untuk melakukan transaksi ke
dalam akaun simpanannya.
Mungkin terdapat satu
penyakit mental khusus untuk tabiat seperti ini kerana terdapat kes kedua pula
di mana pelakon Hanez Suraya juga dikatakan telah menjadi mangsa di dalam dunia
permainan manusia tidak bertanggung jawab ini.
Terbaharu, ialah mengenai
seorang wanita yang mendakwa bernama Rebecca Razli.
‘Rebecca’ ini mendapat
ribuan pengikut di laman Facebook dan juga Instagram kerana kegemarannya
mengambil gambar selfie sambil menyangkan ‘asetnya’ yang bersaiz
XXXXL.
Lamannya sentiasa dikemas
kini dengan gambar seksi terbaru selain status acah-acah selebiriti, yang
mendakwa kononnya menjalankan tugas modeling, sesuai dengan status
pekerjaannya sebagai Freelance Model seperti mana yang tertulis di
laman ‘Facebooknya’.
Bukan itu saja, ramai
lelaki Melayu beragama Islam memberi komen berbaur lucah di laman Facebook
tersebut tidak kira usia tua atau muda.
Namun begitu, hasil carian
kami di internet mendedahkan Rebecca Razli yang sebenarnya ialah seorang gadis
Indonesia yang menggunakan akaun Instagram becarabecca966.
Yang paling
penting, bro bro yang memberi komen di laman personaliti palsu tersebut
mungkinkah suami, abah, pakcik, saudara-mara atau sepupu sepapat
anda?
Serta mungkinkah identiti
sebenar pemilik pemilik akaun palsu tersebut sebenarnya adalah maknyah atau
pondan, siapa tahu kan?
Apa-apapun, pihak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya mengambil
tindakan terhadap manusia-manusia tidak bertanggungjawab ini.
Dan satu perkara yang kami
agak hairan ialah mengapakah akaun ‘pelacur popular’ Zara (bukan palsu) masih
bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan?
0 Response to "PANAS - Rebecca Razli ‘Wanita Seksi Melayu XXXL’ Heboh Di Laman Sosial"
Post a Comment