Sikap kurang ajar pengajar taska di negara ini
sememangnya bukan perkara baru. Terbaru, seorang pengajar taska yang
menggunakan nama skrin Liluu telah memanggil anak yang dijaganya monyet, dan
juga menggelar ibu anak tersebut babi tak mampu kerana tidak memandikan anak
sebelum menghantarnya ke taska dan hanya mengikat seluar anaknya dengan
getah.
Pada masa sekarang, sebenarnya ramai yang
terpaksa menghantar anak ke taska kerana golongan ibu juga bekerja mencari
rezeki untuk keluarga. Malangnya, bukan semua pengajar di taska bersikap ikhlas.
Yang ini, dimonyetkan pula anak orang kerana masih belum pandai makan
sendiri.
Kalau tak mahu jadi pengajar taska, silalah
berhenti. Boleh saja jadi tukang sapu sampah atau pembuat kopi. Dengan cara itu,
tak perlulah negara mengimport pekerja asing untuk membuat kerja-kerja
sebegitu.
Apakah alasan wanita ini memuat naik status
sebegitu. Mungkin “akaun media sosial saya telah digodam.”? Kita tunggu
saja.
Sumber:
amazingnara.com
0 Response to "PENGAJAR TASKA KURANG AJAR! PANGGIL ANAK YANG DIJAGA MONYET DAN IBU ANAK ITU BABI?"
Post a Comment