Kes penceraian pengarah filem Erma Fatima gagal diselesaikan selepas
Bade Azmi selaku defendan tidak bersetuju untuk menceraikan
isterinya itu sehingga mahkamah memerintahkan Bade dan Erma melantik
jawatankuasa pendamai. Erma selaku plaintif kes tersebut bagaimanapun
tetap ingin meneruskan perceraian berkenaan.
Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei
lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Selangor 2003. Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak
membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi
proses berkenaan.
Jelasnya lagi, peranan wakil tersebut adalah
untuk cuba mencari jalan penyelesaian dan menyiasat sekiranya wujud shiqa’
(perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka.
Jawatankuasa pendamai, dipengerusikan oleh
seorang pegawai jabatan agama Islam bersama wakil-wakil yang dilantik oleh
kedua-dua pihak, dibuat bagi membantu kedua-dua pihak dalam membuat keputusan
dengan persetujuan bersama.
Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990 dan
mereka memiliki lima anak angkat. Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah
berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan itu
mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam
bulan.
Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma
dan Bade menafikan akan bercerai dan Bade menegaskan dia masih sayangkan
Erma. Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu.
0 Response to "ERMA FATIMA TETAP MAHU CERAI TAPI BADE ENGGAN CERAIKAN?"
Post a Comment