
CHINA. Hampir dua tahun lalu, seorang wanita
yang mempunyai masalah mental mengamalkan diet yang bahaya dengan memakan paku
dan kepingan kaca.
Memetik NetEase News, keluarganya berkata,
wanita itu mampu menelan sedozen paku dengan hanya sekali telan.
Wanita tersebut kini telah menjalani tiga
pembedahan berasingan dan menurut doktor, hampir 2 paun paku berjaya dikeluarkan
dari perut wanita itu.
"Jika sebatang paku mempunyai berat 1 gram, ini
bermakna wanita itu menelan 900 paku dan makan lebih dari sebatang paku sehari,"
katanya.
Tabiat pemakanan ini bagaimanapun tidak
menjejaskan kesihatan dan organ wanita itu setakat ini.
Imbasan xray menunjukkan paku dalam perut
wanita berkenaan.
0 Response to "Pelik! Diet Dengan Makan Paku Dan Kaca"
Post a Comment