Penampilan
alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab. Namun itu bukan jaminan buat
sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu apabila ditahan penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana berkhalwat.
Pasangan
masing-masing berusia 17 dan 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di
sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.
Lebih
memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan
pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah
Klang.
Ketua
Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10
minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.
Menurutnya,
penuntut universiti itu akhirnya memberi kerjasama membuka pintu bilik sebelum
memakai pakaian masing-masing. - HM
0 Response to "Pasangan berkopiah dan berhijab di tangkap gagal lawan hawa nafsu"
Post a Comment