Hot !

Padah Isteri Telefon Lelaki Lain


Kaherah: Seorang lelaki Mesir membunuh isterinya kerana bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon di rumah mereka di sini.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, lelaki itu memberitahu polis, dia berang apabila pulang ke rumah dan mendapati isterinya berbual dengan lelaki lain di telefon.

Sumber polis berkata, lelaki itu mengaku meluru masuk ke bilik tidur mereka, mengambil pistol dan menembak isterinya.

Sementara itu, seorang lelaki Saudi menceraikan isterinya yang selalu tidur lewat.

Lelaki itu yang belajar di Amerika Syarikat berkata, dia berulang kali memarahi isterinya kerana menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari.

Wanita berkenaan terpaksa meminta bantuan jirannya untuk menelefon keluarganya di Taif untuk menceritakan kejadian berkenaan.

Bapanya berusaha menghubungi menantunya dan memulihkan hubungan pasangan itu, tetapi lelaki berkenaan enggan mendengar, sebaliknya berkeras untuk bercerai.

- Agensi

Related Posts :

0 Response to "Padah Isteri Telefon Lelaki Lain"

Post a Comment