Terdahulu, dalam satu temubual bersama MD menerusi atikel bertajuk "Saya Terpaksa Pakai Seluar Dalam - Wan Hanafi Su", pelakon berusia 65 tahun ini pernah menyatakan perasaan malu dengan dirinya apabila hanya perlu memakai seluar dalam untuk babak sebagai orang minyak.
Namun, dia memberanikan diri melakukan babak itu kerana terasa tercabar dengan diri sendiri.
Bukan itu saja, keseluruhan badannya dihitamkan dengan menggunakan pengilat kasut dan akibatnya dia terpaksa membersihkan badan selama tiga jam untuk menghilangkan kesan hitam tersebut.
"Ketika membaca skripnya, terus saya suka dan saya katakan pada pengarah saya mahu bawa watak itu. Jadi, apabila sudah bersetuju ertinya apa juga kehendak pengarah saya perlu lakukan dan ia adalah cabaran terhadap saya sebagai seorang pelakon.

"Saya terkejut dan pada mulanya saya enggan. Saya cadangkan kalau boleh pakai seluar pendek kerana maklum sajalah saya sudah berusia, nanti apa pula orang kata.
"Namun, mereka kata tak nampak 'real'. Mahu tidak mahu sehingga saya terpaksa juga hanya pakai seluar dalam," katanya.
Sementara itu, menerusi laporan mStar online hari ini, Wan Hanafi Su menyifatkan dugaan dan cabaran melakonkan tersebut ternyata berbaloi apabila dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) yang bakal berlangsung pada 5 September depan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Memetik laporan mStar online, Wan Hanafi atau nama sebenarnya Wan Hanafi Wan Su, 65, berkata, pengalaman menghidupkan watak bernama Awang dalam filem berkenaan bukan mudah lebih-lebih lagi seluruh badannya perlu dihitamkan menggunakan pengilat kasut kulit.
"Pengalaman menghidupkan watak Awang antara yang mencabar, manis, pahit dan melucukan.
"Cuma, seksanya apabila saya terpaksa membersihkan badan saya selama tiga jam untuk menghilangkan kesan hitam pada badan. Tetapi nampak gayanya, ia berbaloi," katanya.
- mD
0 Response to "Malu Berbogel Tapi Berbaloi"
Post a Comment