Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak, datang daripada negara "bersaudara" di timur tengah yang mahu parti tertentu menang dalam pilihan raya umum yang lalu.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menolak dakwaan Malaysia mungkin berada di bawah pengaruh negara timur tengah selepas perdana menteri menerima derma tersebut.
"Bukan macam Amerika Syarikat yang boleh mempengaruhi kita. Tetapi ini hanya negara bersaudara yang mahu parti menang pilihan raya umum kerana kita mesra dengan mereka. Tidak ada salahnya," katanya pada Majlis Penisytiharan Warisan Kebangsaan 2015 di Muzium Negara di sini, hari ini.
sumber asal
0 Response to "Nazri Aziz : Derma RM2.6 bilion dari negara 'bersaudara' yang mahu parti menang PRU"
Post a Comment