Bila ditanya bercinta ke tidak, dijawabnya
tidak. Mahu pun Mia Ahmad atau juga Syarul Ridzwan masing-masing
berahsia tetapi melalui sumber yang diperolehi daripada Beautifulnara, mereka
dikatakan sudah pun putus cinta. Elok sangatlah, nanti biar ibu saja yang cari
bakal suami Mia, ya?
Menurut portal hiburan itu lagi, pasangan ini
dikatakan telah memadamkan gambar sweet bersama di akaun Instagram persis
pasangan lain di atas dunia ini yang mahu menunjukkan bahawa mereka sudah putus
cinta.
Perkara tersebut turut diperkatakan peminat mereka di ruang komen malah ada peminat setia pasangan ini sungguh bersemangat mendoakan Mia dan Syarul agar hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan setiap kali selepas solat dan sangat hampa dengan apa yang terjadi. Tidak tahulah sama ada benar atau sekadar memerli.

Mungkin apabila tiba masa yang sesuai, Mia dan
juga Syarul akan memberi penjelasan. Malah peminat juga ingin tahu kebenaran di
sebalik apa yang terjadi. Apa yang pasti, iringan doa daripada peminat terhadap
pasangan ini tidak pernah henti katanya, syukurlah.
-rotikaya
0 Response to "Mia Ahmad & Syarul Ridzwan Kini Putus Cinta?"
Post a Comment