Seorang pengunjung gedung perabot popular, mengalami kerugian wang apabila beg tangannya ditoreh oleh penyamun.
Dalam kejadian yang berlaku di IKEA Damansara itu, beg tangan mangsa, Bella Jaffar, ditoreh oleh penyamun selepas mengeluarkan wang di mesin ATM.
"These culprits are really good. They work really fast. My handbag were cuts with knife. Alhamdulillah, luckily I'm not injured. But they got my purse. All the cards and money were gone. Poor thing that I just withdrew the money. They did the same to the person behind me and luckily too my husband's wallet which happen to be in the bag were still there," katanya.
Kepantasan penyamun yang melakukan kerja-kerjanya membuatkan mangsa yang sedang leka tidak menyedari beg tangannya ditoreh. Akibatnya, dompet milik mangsa berjaya dilarikan penyamun menyebabkan mangsa kehilangan wang tunai dan kad-kad penting.
"Please make this viral! Keep your handbag closed to you and be careful as they are using a very sharp knife. It might hurt you. Old lady and mother with kids are their easy target," katanya lagi.
Orang ramai khususnya wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika berada di pusat beli belah yang sibuk. Anda juga dinasihatkan agar tidak bersendirian ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
sumber asal
0 Response to "AWAS!! Hati-Hati Apabila Membeli-Belah Di IKEA, Pengalaman Menakutkan Dari Salah Seorang Pelanggan Ini Pastinya Mengejutkan Anda!!"
Post a Comment