Seorang anak tergamak membakar rumah ibunya
sehingga wanita itu hampir pengsan melihat rumah yang didiami sejak
berpuluh-puluh tahun lalu musnah dalam sekelip mata.
Dalam kejadian 11.15 pagi tadi di Kampung
Belanga, Pahi, di sini, Mek Mas Awang Long, 65, kerugian RM45,000, selepas
rumahnya dibakar anaknya berusia 35 tahun yang kemurungan akibat ketagihan
dadah.
Mek Mas berkata, ketika kejadian, dia berada di
rumah seorang cucunya di kawasan berhampiran.
Katanya, dia kemudian dimaklumkan seorang jiran
mengenai kebakaran terbabit sebelum segera pulang.
“Setibanya di rumah saya terkejut melihat api
menjulang tinggi dan saya hanya mampu meraung kerana api merebak dengan
cepat.
“Tiada apa yang sempat saya selamatkan termasuk
dokumen penting.”, katanya
Mek Mas berkata, dia tidak menolak kemungkinan
rumahnya dibakar anak keempatnya berusia 35 tahun yang mengalami kemurungan
sejak kebelakangan ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat
Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan pada 11.19 pagi sebelum dua jentera bersama sembilan anggota bomba ke
lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, rumah itu sudah 70 peratus
terbakar dan api dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan
Abdullah Roning berkata, Mek Mas membuat laporan polis selepas kejadian dan
anaknya sudah ditahan di rumahnya untuk siasatan lanjut.
0 Response to "Anak BIADAP !!! Sanggup Bertindak Diluar Batas Manusia Pada Keluarga Sendiri Hanya Kerana..."
Post a Comment