Boleh
dikatakan setiap tahun pasti ada “wedding of the year” yang melibatkan selebriti
mahupun orang kenamaan.
1. Rozita
Che Wan dan Zain Saidin
Pasti
ramai yang ingat lagi dengan tajaan perkahwinan bernilai RM13 juta ini. Pelakon
popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin disatukan sebagai suami isteri pada tahun
2013, dan digelar sebagai “perkahwinan paling mewah” pada tahun
tersebut.
Penajaan
perkahwinan termasuk barang kemas bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib
dan barangan lain daripada 27 para penaja.
Selain
daripada itu, Rozita juga menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300
mas kahwin.
2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee
Pengasas
BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah
meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun
2014.
Menurut
salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini
mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan
sahaja.
Kos untuk
fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan
mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Sebelum
itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh
pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di
Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.
3. Datuk
Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad JiwaPenyatuan
penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid
Mohamad Jiwa (Datuk K), juga tersenarai sebagai perkahwinan paling mahal di
Malaysia.
Beberapa
sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun
2006 itu, mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat
mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga menerima mas
kahwin sebanyak RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.
Pasangan
ini menafikan kenyataan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan barang
termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.
Pasangan
ini juga menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk
menyiarkan majlis perkahwinan mereka.
4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
Majlis
perkahwinan personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi
Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin, juga pernah
menjadi buah mulut di dalam industri hiburan tempatan.
Majlis
perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan
dihadiri oleh selebriti terkemuka dan juga orang kenamaan.
Mandarin
Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap
individu.
Menurut
satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai
RM5 juta.
5. Serina Redzuawan dan Gavin O’Luanaigh
Perkahwinan
anak kepada chef terkenal, Chef Wan, Serina bersama pasangannya Gavin O’Luanaigh
boleh dikatakan antara salah satu perkahwinan yang paling mahal di
Malaysia.
Acara
perkahwinan tersebut telah ditayangkan di AFC (Astro – Saluran 703). Walaupun
kebanyakkan komponen dalam perkahwinan ini telah ditaja termasuk tiara dan gaun
petang Serina yang dianggarkan RM15,000, pasangan ini dijangka telah
membelanjakan sehingga RM20,000 di studio fotografi,
Kudegraphy.
Semasa
upacara akad nikah, O’Luanaigh dilaporkan telah menyerahkan hadiah perkahwinan
bernilai RM1,000 dan mas kahwin RM30,000 sebelum menyarungkan cincin di jari
Serina.
Perkahwinan
Termahal Di Dunia
1. Michael Douglas & Catherine Zeta-Jones

Perkahwinan antara pasangan pelakon ini
dikatakan menelan belanja sebanyak US$1.5 juta. Bagi mengekalkan privasi, kad
undangan mereka dicetak menggunakan dakwat yang tidak dapat dilihat dan hologram
serta seramai lebih 50 anggota polis ditugaskan menjaga kawasan majlis. Gaun
perkahwinan Christian Lacroix dipakai Catherin Zeta-Jones berharga US$140,000
manakala mahkota berlian indah menghiasi kepalanya berharga
US$300,000.
2. Christina Aguilera & Jordan Bratman

Kisah hangat percintaan pasangan ini menjadi melodi di dalam album Back To Basic Christina Aguilera. Perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun 2005 dihadiri seramai 150 orang tetamu termasuklah selebriti ternama. Bertempat di ladang anggur Napa Valley, khemah musim sejuk dijadikan tema dengan saratan bunga ros pembangkit seri. Christina memilih gaun leretan ropol Christian Lacroix berharga US$80,000 untuk majlis istimewa itu. Keseluruhan perbelanjaan dilaporkan sebanyak US$2.2 juta.
3. Prince William & Kate Middleton

Tidak lengkap rasanya senarai ini tanpa perkahwinan diraja diantara Prince Williams & Kate Middleton. Dikatakan sebanyak US$34 juta dibelanjakan untuk perkahwinan ini termasuklah kos bahagian keselamatan kerana perkahwinan berprofil tinggi yang ditonton hampir ke serata dunia. Perbelanjaan lain termasuk US$80,000 untuk kek serta US$800,000 untuk bunga.
4. Vanisha Mittal & Amit Bhatia

Perkahwinan anak perempuan waris hartawan keluli dari India ini menelan belanja sebanyak US$60 juta! Tetamu yang diundang bukan sahaja diberi tiket penerbangan untuk menghadiri majlis itu di Paris, malah penginapan mewah berupa hotel bertaraf lima bintang turut dibiayai. Lebih hebat, Kylie Minogue dijemput untuk membuat persembahan ditambah percikan bunga api di Eiffel Tower . Tetamu turut diberi cenderahati berjenama mengandungi batu permata.
5. Prince Charles & Lady Diana

Masih segar dalam ingatan akan busana perkahwinan Lady Diana dengan leretan kain sepanjang 25 kaki. Perkahwinan yang ditonton seramai 750 juta penduduk serata dunia itu dikatakan menelan belanja US$48 juta dan meningkat kepada US$110 juta selepas kos inflasi. Sebanyak 27 biji kek perkahwinan setinggi 5 kaki digunakan, mengambil masa selama 14 minggu untuk disediakan. Turut digelar “wedding of the century”, seramai 4,000 anggota polis serta 2,201 orang pegawai tentera ditugaskan untuk mengawal penonton yang hadir.
17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Paling Glamour Sepanjang Tahun 2011


1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – wanita idaman
jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir
sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras.
Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.
2. Ayu Raudhah dan Zaquan – ramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?
3. Tomok dan Ayu – bercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.
4. Noh Hujan dan Mizz Nina – salah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.
5. Nabil Raja Lawak dan Zira – selepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.




10. Dira Abu Zahar dan Helmi – memilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar


13. Farah AF2 dan Johan – pengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.




Sekian 17 perkahwinan selebriti Malaysia yang Abang Nara rasa paling glamour sepanjang tahun 2011. Untuk makluman, senarai dibuat tanpa turutan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan mereka dan perkahwinan kita sama-sama kekal abadi sehingga ke syurga.
17) Gambar Perkahwinan Penyanyi Syella Kamaruddin Yang Bernilai RM15 Juta
Penyanyi
Syella Kamaruddin yang terkenal dengan lagu ‘Menangis Dalam Hujan’ difahamkan
telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat
lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini
berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah
sekelip mata.
Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat. Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place mengadakan majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Juga dengarnya Syella juga bersanding berseorangan tanpa suaminya diatas sebab tertentu.
![]() |
Syella Kamaruddin berkahwin dengan VVIP |
Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat. Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place mengadakan majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Juga dengarnya Syella juga bersanding berseorangan tanpa suaminya diatas sebab tertentu.
0 Response to "5 Perkahwinan Termahal Di Malaysia ,17 Perkahwinan Paling Glamour Dan Paling Last Tu Yang Paling Mengejutkan Malaysia"
Post a Comment