Pendang :
Seorang lelaki ditemui rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang
dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 68.2 Lebuhraya Utara Selatan
berhampiran Plaza Tol Pendang, di sini, petang tadi.
Dalam
kejadian 5 petang, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan memandu
seorang diri dari arah Sungai Petani menghala ke Alor Setar.
Komander
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba
Mohd Jamalluddin Mat Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.12 petang
berhubung kebakaran membabitkan kenderaan terbabit.
Beliau
berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Jentera
Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi pada 5.29
petang.
"Sebaik
tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak dan cuba memadam kebakaran sebelum
menemui satu mayat dalam keadaan rentung di tempat duduk penumpang
depan.
"Usaha
mengeluarkan mayat itu berjaya dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis untuk
dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi tindakan lanjut,"
katanya.
Katanya,
operasi tamat pada 7 malam dan kenderaan MPV berkenaan musnah 100 peratus.
-HM
0 Response to "(5 Gambar) Ngeri Lelaki Retung Dalam Proton Exora"
Post a Comment