Johor
Bahru : “Dia cium tangan saya untuk ke sekolah seperti biasa, tidak nampak
sebarang perubahan pun kerana dia memang pendiam dan tidak banyak
cakap.”
Demikian
menurut Azlyzah Salleh, 36, yang seakan-akan tidak percayai anaknya, Muhamad
Zulfan Aidit Zamrol, 10, telah pergi buat selama-lamanya akibat lemas semasa
mandi di Tasik Layang-Layang, Pasir Gudang bersama-sama tujuh rakannya kira-kira
pukul 6.30 petang semalam.
Dia yang
bekerja sebagai promoter di sebuah kedai di sini mengakui Muhamad Zulfan Aidit
yang merupakan anak keempat daripada enam beradik seorang yang baik dan
mendengar kata.
“Kami
sekeluarga amat sedih dengan kehilangannya. Semasa kejadian, saya dan suami,
Zamrol Dollah, 39, sedang bekerja,” katanya ditemui di rumah mereka di Taman
Cendana, di sini semalam.
Sementara
itu, salah seorang rakan mangsa, Nur Putra Muharram Abd. Samad, 10, memberitahu,
sebelum kejadian mereka menunggang basikal di sekitar tasik tersebut kira-kira
pukul 3.30 petang.
“Pada
pukul 6 petang, kami membuat keputusan untuk mandi di tasik berkenaan sebelum
kejadian tidak diingini itu berlaku,” katanya yang sedih dengan kehilangan
Muhamad Zulfan Aidid.
Ketua
Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Abdul Samad Salleh pula berkata, mangsa
ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 7.10
malam.
“Mangsa
kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan meninggal dunia
pada pukul 8.10 malam semasa menerima rawatan,” katanya. - UTUSAN
ONLINE
0 Response to "(3 Gambar) Ibu Tidak Percaya Zulfan Aidit Sudah Tiada"
Post a Comment