Hot !

Gambar Keadaan Dalam Piramid Yang Ramai Tidak Tahu




Piramid merupakan sebuah bentuk geometri yang menggabungkan bentuk segitiga dan empat segi yang dijadikan tapak.Terdapat beberapa piramid dikesan di seluruh dunia dan antara yang terkenal merupakan Piramid Giza di Mesir.Setiap piramid di seluruh dunia sudah wujud sejak beribu tahun yang lalu dan pelbagai kajian dilakukan pihak arkeologi bagi membongkar misteri kewujudannya namun masih belum ada kata putus berkaitan misteri tersebut.








Ketinggian piramid-piramid ini ada yang mececah ratusan kaki dan setiap satu blok batu yang disusun dianggarkan seberat 1-2 tan.Setiap piramid dibina dengan fungsi berbeza seperti di Mesir,piramid dibina sebagai makam firaun.






Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)








Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.

Beberapa peradapan Mesoamerika seperti Maya, juga membina binaan berbentuk pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya digunakan sebagai tempat pengorbanan manusia dan haiwan.







Terdapat juga monumen silam berbentuk piramid di Amerika Tengah dan sebahagian Asia.

Dalam keunikan rekabentuk piramid ini dari luar,keadaan dalamnya juga terkandung pelbagai misteri.Mari lihat beberapa gambar keadaan dalam piramid ini.






Sumber

0 Response to "Gambar Keadaan Dalam Piramid Yang Ramai Tidak Tahu"

Post a Comment