Hot !

Bas dilengkapi GPS, CCTV





Bas Panaroma menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat Melaka.


AYER KEROH - Sebanyak 61 Bas Panorama akan dilengkapi dengan sistem navigasi kenderaan (GPS) dan kamera litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat bagi memantapkan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Lim Ban Hong (BN - Klebang) berkata, pemasangan peralatan berkenaan bagi membolehkan pihak pengurusan memantau perjalanan bas supaya mengikut jadual ditetapkan selain meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

Manakala, katanya, kemudahan pengangkutan awam itu turut akan dipertingkatkan dengan beberapa penambah baikan mesra penumpang kurang upaya dan warga emas.

Pemasangan GPS bertujuan untuk mengesan perjalanan bas supaya tiba ke destinasi dengan mematuhi jadual ke 35 laluan di bandar dan luar bandar serta ketepatan masa mengikut tempoh ditetapkan.

Kita mengharapkan penambah baikan ini juga akan meningkatkan tahap keselamatan penumpang, katanya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 40 bas elektrik yang diterima Melaka secara berfasa akan digunakan di lokasi pelancongan sebelum digunakan sepenuhnya ke destinasi di seluruh negeri.

"Bas mesra alam bercirikan teknologi hijau itu akan diterima bermula April depan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Lai Keun Ban (DAP- Kota Laksamana) pada hari kedua Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13 di Seri Negeri, di sini semalam.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Goh Leong San (DAP- Duyong), Ban Hong berkata, penggunaan bas elektrik juga dicadangkan memberi perkhidmatan secara hop on hop off iaitu dengan bayaran tambang sekali sehari, penumpang boleh menggunakan perkhidmatan bas sepanjang hari.

Menurutnya, kemudahan perkhidmatan itu diwujudkan dengan jalinan antara hotel, pusat membeli-belah, destinasi pelancongan dan kawasan berkepadatan tinggi.

Tujuan utamanya supaya pelancong dan penduduk sekitar bandar boleh menggunakan perkhidmatan bas, sekali gus mengurangkan penggunaan kereta persendirian, katanya.

Beliau berkata, penambahan bilangan bas kepada 101 menjelang pertengahan 2016 dijangka akan meningkatkan operasi laluan khususnya di luar bandar.


Sumber

Related Posts :

0 Response to "Bas dilengkapi GPS, CCTV"

Post a Comment