Ini bukan kisah rekaan seperti ombak rindu namun ia benar-benar berlaku.Ombak yang dinyatakan merupakan ombak yang berjaya dirakam di satu perairan di pantai timur Amerika Syarikat(AS) dimana seorang peluncur berjaya merakamkan satu ombak yang tidak jadi membadai pantai kerana membeku akibat dari suhu sejuk melampau disana.
Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk disana dan kebanyakan kawasan berair seperti tasik dan laut telah membeku.Fenomena ini memang sangat jarang berlaku kerana ombak bergerak laju namun tetap membeku.Ia juga dipanggil 'Slurpee Waves' dalam kalangan penduduk tempatan.
Peluncur tersebut,Nimerfroh berkata dia datang untuk meluncur dan melihat dari jarak jauh ombak tersebut yang tidak bergerak dan memuatnaik gambar ombak tersebut ke laman Instagram
Keesokan harinya dia datang semula dan melihat ombak tersebut masih disitu.Dia bertanya kepada nelayan disitu dan mereka juga pertama kali melihat fenomena tersebut.
0 Response to "Apabila Ombak Tak Jadi Membadai Pantai Kerana Beku"
Post a Comment