Hot !

3 Maut Tersepit BMW Rempuh Belakang Lori






Batu Pahat : Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan di Kilometer 91, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Ayer Hitam di sini.

Dalam kejadian 5.20 petang itu, kesemua mangsa dipercayai tersepit selepas kereta dinaiki mereka merempuh lori di kiri jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Mat Razali Awang berkata, pihaknya sedang mendapatkan identiti bagi semua mangsa.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,? katanya.



- hmetro.com.my

0 Response to "3 Maut Tersepit BMW Rempuh Belakang Lori"

Post a Comment